Sepuluh Sebab Murahnya Rejeki, di Bulan Ramadhan Mari Ingat Pesan Nabi Muhammad SAW Ini

- 12 April 2021, 23:37 WIB
Ilustrasi Murahnya Rejeki/ Foto : Masjid Nabawi Madinah @masjidnabawicity
Ilustrasi Murahnya Rejeki/ Foto : Masjid Nabawi Madinah @masjidnabawicity /

BERITA SUBANG - Sering sekali kita mendapatkan urusan ruwet, rejeki terasa sempit.

Lalu Keinginan belum dikabulkan, merasa dalam kesusahan dan hajat tidak segera kunjung kabul.

Rasulullah Nabi Muhammad SAW telah memberi bocorkan kunci jawabannya 10 sebab murahnya Rejeki. Di bulan Ramadhan, mari ingat akan hal ini:

1. Iman

Sekiranya penduduk suatu negeri beriman dan bertaqwa, pasti Kami (Allah) bukakan kepada mereka pelbagai keberkatan dari langit dan bumi. Terdapat dalam surat al-A'raf ayat ke 96.⁣

Baca Juga: Bulan Ramadhan Sebentar Lagi, Simak Jadwal Imsakiah, Waktu Berbuka dan Jadwal Shalat dari Bimas Islam Kemenag

2. Taqwa

Sesiapa bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberinya jalan keluar dari kesulitan dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangkanya. Terdapat dalam surat Al-Talaq ayat dua sampai tiga.⁣

3. Istighfar

Beristighfar lah kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah maha pengampun. Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepada kamu, dan Dia akan memperbanyakkan harta dan anak2mu serta menjadikan untuk kamu kebun2 tanaman dan sungai. Terdapat dalam surat Nuh ayat 10 sampai 12.⁣


4. Silaturrahim

Nabi SAW bersabda Sesiapa ingin dilapangkan rezeki dan dipanjangkan usia, hubungkanlah silaturrahim" Hadist Riwayat al-Bukhari dan Muslim.⁣

Baca Juga: Syarat dan Rukun Wudhu, Simak Penjelasan Kiyai Bahrudin Pimpinan Ponpes Bahrul Ulum

5. Doa

Allah berfirman dalam hadis Qudsi wahai hamba-hambaku, kamu semua adalah kelaparan kecuali orang yang Aku beri makan, maka mohonlah makanan dariku, nescaya aku akan beri kamu makanan. Hadist Riwayat Muslim.⁣

6. Infaq

Apa yang kamu infaqkan dari suatu harta, Allah akan menggantinya, dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki. Terdapat dalam surat surah Saba' ayat 39.⁣

7. Usaha sendiri

Ditanya kepada Nabi SAW, apakah perolehan terbaik?, Baginda Nabi SAW menjawab hasil usaha tangan sendiri dan perniagaan yang mabrur. Hadist Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim.⁣

8. Berniaga

Hadist di atas dan sabda Nabi SAW, hendaklah kamu berniaga kerana 9 dari 10 rezeki adalah dalam perniagaan. Hadist Riwayat Ibnu Abi al-Dunya, mursal, dhaif.⁣

9. Bersyukur

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku (Allah) akan tambahi nikmatKu kepada kamu. Ibrahim: 7.⁣

10. Nikah

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang lelaki dan perempuan dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.⁣

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas rahmatNya dan limpah kurniaNya lagi Maha Mengetahui. Terdapat dalam surat al-Nur ayat 32.⁣***

Editor: Muhamad Al Azhari


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah

x