Tiga Persiapan Menyambut 10 Malam Terakhir Bulan Ramadhan Dari Baginda Nabi Muhammad ‎ﷺ

- 2 Mei 2021, 21:06 WIB
Ilustrasi 10 Malam Terakhir Bulan Ramadhan/ Foto : instagram @mekkah_madinah
Ilustrasi 10 Malam Terakhir Bulan Ramadhan/ Foto : instagram @mekkah_madinah /

BERITA SUBANG -Berkata Habib Ali Zainal Abidin al Hamid bahwa baginda ‎ﷺ apabila masuk 10 terakhir Ramadhan, pertamanya Baginda ‎ﷺ akan menghidupkan malamnya lebih dari pada malam-malam sebelumnya.

Kedua, Baginda ‎ﷺ akan membangunkan ahli keluarganya. Yakni, tidak dibiarkan tidur kerana ingin berkongsi kebaikan dan keberkatan malam-malam Ramadhan bersama ahli keluarganya.

Ini menunjukkan perhatian dan ihsan seseorang kepada ahli keluarganya.

Tunjukkanlah ihsan yang akan mendapatkan ihsan daripada Allah .

Jangan ibadah sendiri-sendiri, fangan masuk syurga sendiri-sendiri. Ajaklah keluarga masuk syurga bersama-sama.

Bagaimana caranya?

Dengan ketika dalam dunia ini, bersama-sama solat berjamaah, bersama-sama bertadarus Al-Quran.

Mari kita hidupkan malam khususnya di malam-malam Ramadhan.

Baginda ‎ﷺ membangkitkan semua ahli-ahli keluarganya.

Ketiga, Baginda ‎ﷺ mengetatkan kain pelikatnya sebagai simbol untuk tidak menghampiri kepada ahli keluarganya.

Hanya semata-mata ingin menjadikan malam-malam terakhir Ramadhan maksimum dengan ibadah kepada Allah .

Demikianlah kebiasaan Rasulullah ‎ﷺ pada 10 terakhir bulan Ramadhan.

Diantara amalan yang dilakukan Baginda ‎ﷺ pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan adalah beriktikaf.

Sehingga diletakkan satu sudut khusus yang diletakkan kain untuk tidak dinampak sementara Baginda berada di masjid itu untuk beriktikaf selama 10 hari di akhir bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Dalam riwayat lain Baginda ‎ﷺ jika beriktikaf, akan bersama dengan ahli keluarganya.

Halaman:

Editor: Muhamad Al Azhari


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah